cara sihir dihantar

ASSALAMUALAIKUM ... sebelum nya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi melihat blog kami..syukur ke hadrat ALLAH SWT, kerana kita memberikan kesihatan dan kesejahteraan ..

Namun, dalam suka dan duka, sejak kebelakangan ini kita sering mendengar tentang kes2 sihir dalam masyarakat masyarakat kita..tujuan mereka melakukan jenayah sihir ini bagi mereka yang melunaskan dendam kesumat yang telah lama terbuku di hati ..

TERDAPAT BEBERAPA CARA SIHIR INI DILAKUKAN ANTARANYA:

1. MEMUJA PATUNG SEBAGAI PENGGANTI ORANG YANG DIZALIMI

pemujaan patung yang dipuja dan diqasadkan kepada orang yang dihajati juga sering dilakukan oleh orang-orang yang dengki dengan tujuan untuk memporak perandakan kehidupan orang-orang tersebut..patung patung tersebut dicucuk dengan jarum atau duri nibung dan lain-lain dengan tujuan yang diperlukan orang yang dihajati akan terasa sakit dan mati secara perlahan lahan.

2. TUJU MELALUI ANGIN / MAKANAN

pengkhianatan juga boleh dilakukan dengan cara membuat tuju kepada orang yang ingin disakiti dan dihantar melalui angin contohnya seperti santau angin atau dengan memuja tengkorak orang mati di rumah tok bomoh dengan dituju dan diqasadkan kepada orang yang dihajatinya..penganiayaan juga boleh dilakukan dengan isi sesuatu hikmat ke dalam makanan dan minuman seseorang.

3. MEMUJA GAMBAR

ada juga cara untuk menganiayai orang lain dengan cara memuja gambar orang yang ingin di khianati seperti gambar tersebut diseru dan dijampi serta dicucuk-cucuk dengan jarum atau digantung disesuatu tempat yang berangin selalu berbuai.selain gambar, alat-alat badan seperti pakaian, baju dalam atau seluar dalam seseorang juga boleh digunakan sebagai alat untuk memuja dan menganiayai seseorang yang memerlukan dalam penganiayaan yang berkaitan dengan masalah cinta, rumah tangga dan kasih sayang.

4. MENANAM BARANG BARANG SIHIR

setelah mendapat perkhidmatan tok bomoh jenis ini, orang tersebut mestilah menanam barang barang yang telah dipuja dan dijampi oleh tok bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja (minyak orang mati dibunuh) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati dipanah petir, tulang orang mati , tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi mandi siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong hindu, serpihan batu asah dan sebagainya.

barang-barang tujuan untuk menyihir ini mestilah ditanam di tempat-tempat yang biasa diduduki dan dilalui oleh orang yang disakitinya seperti di rumah, dalam bunga pasu, depan pintu, dipagar, kepala simpang jalan, diselit ditempat-tempat sukar samaada dirumah, dipejabat, di kedai-kedai, didinding, bawah rumah, dalam kenderaan atau jika barang tersebut jenis debu seperti abu orang mati, maka ia ditabur di rumah-rumah orang dan sebagainya.

jika anda disihir dengan cara begini, selain dilakukan rawatan rukyah dengan menggunakan ayat-ayat suci alquran, sebolehnya barang-barang yang ditanam mesti di cari dan dikeluarkan ..

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI KAMI

WHATSAPP: 0168243194

PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN

1. mandian aura/mandi bunga

-mandian aura bertujuan menaikkan seri wajah dan memberi ketenangan jiwa

2. pendinding diri

-sebagai salah satu ikhtiar dari segala perbuatan kejam/hasad dengki manusia kepada kita

3. pengasih untuk pasangan suami isteri/pasangan bercinta

-sesuai kepada pasangan yang sering bermasalah dalam rumah tangga,mengembalikan kasih sayang,mengeratkan kembali hubungan yang hambar..

4. rawatan sihir/santau

-membuang segala jenis sihir dan santau yang di alami pesakit

5. pembersihan rumah/pagar ghaib

-melakukan pembersihan rumah dari segala ilmu hitam,menarik keluar segala barang sihir yang ditanam di halaman rumah/kedai..

6. rawatan buang saka keturunan

-membuang segala jenis keturunan saka yang telah lama bersemadi di tubuh badan seseorang dengan cara mengeluarkan dari tubuh badan pesakit dan tidak kembali lagi.


Ulasan

Catat Ulasan